13 Mac 2017 - 17:14
Myanmar Mahu Halau Keluar Semua Rohingya

Myanmar dilaporkan mahu menghapuskan semua etnik Rohingya dari negara itu, kata pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Myanmar dilaporkan mahu menghapuskan semua etnik Rohingya dari negara itu, kata pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Dakwaan itu dibuat ketika beliau mendesak supaya satu siasatan peringkat tertinggi bagi menyiasat tindakan kekejaman terhadap komuniti minoriti Muslim itu.

Wakil khas PBB dalam isu hak asasi manusia di Myanmar, Lee Yang-hee, berkata penghapusan sepenuhnya mungkin matlamat utama penindasan institusi dan keganasan ngeri terhadap Rohingya.

"Bukti menunjukkan bahawa kerajaan cuba menghalau keluar semua populasi Rohingya dari negara itu," kata Yang-hee kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB. - AFP